Dua ditahan disyaki mengedar dadah - Utusan Malaysia

Dua ditahan disyaki mengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Dua individu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Sentul pada 4 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Sentul kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan dan kita telah menahan seorang lelaki dan wanita berusia 24 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan pada suspek lelaki menjumpai serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 316.39 gram yang bernilai RM31,600.

“Turut ditemukan ialah lima peket dadah disyaki jenis ketamin (5.57 gram) bernilai RM800 dan sebotol air disyaki dicampur dadah jenis ekstasi bernilai RM150,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 5 November lalu.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×