Kapal asing korek pasir haram disita - Utusan Malaysia

Kapal asing korek pasir haram disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Nov. – Dua buah kapal asing yang sedang menjalankan aktiviti mengorek dan memindahkan pasir di kawasan perairan berhampiran Pulau Kendi di sini ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Pulau Pinang, Ahmad Faiz Md. Ghani berkata, ketika ditahan pada pukul 8.45 pagi tadi, seramai 16 anak kapal warga China berusia 28 hingga 53 tahun sedang bekerja di atas kedua-dua kapal berkenaan.

Katanya, mengikut rekod, kedua-dua kapal itu yang bernilai lebih RM20 juta itu mendapat permit untuk melakukan kerja pengorekan dan pindahkan pasir bermula 19 April hingga 18 Oktober lalu daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri namun selepas lesen tamat, kegiatan berkenaan masih berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maritim Malaysia yang mendapat maklumat daripada PTG kemudian menggerak aset dari Perak ke lokasi berkenaan dan menahan 11 pekerja di atas kapal pertama manakala lima lagi di atas kapal kedua yang berada pada jarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kapal berkenaan ditahan pada kedudukan lapan batu nautika arah barat daya pulau berkenaan.

” Maritim Malaysia kini sedang mengesan pemilik dua buah kapal ini dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Syarat Lesen Perkapalan 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×