Anggota polis terjatuh dalam Sungai Paka melutut depan adik sebelum keluar operasi - Utusan Malaysia

Anggota polis terjatuh dalam Sungai Paka melutut depan adik sebelum keluar operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Anggota polis, Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang dikhuatiri lemas bersama lelaki disyaki suspek kes samun selepas terjatuh di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentagau dekat sini semalam didakwa berperangai pelik sebelum menyertai serbuan tersebut.

Adiknya, Wan Muhd. Zulhakimi, 20, yang tinggal bersama Wan Mohd. Arif di Kuarters Balai Polis Paka di sini sejak dua tahun lalu berkata, abangnya tiba-tiba melutut di hadapannya sambil mengeluarkan air mata sebelum keluar bekerja pada petang semalam.

“Dia tiba-tiba duduk melutut di depan saya sambil memohon kemaafan kepada saya dan keluarga dan berpesan agar saya menjaga ahli keluarga kami elok-elok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tergamam dengan reaksi spontannya itu. Perasaan pelik akhirnya terjawab apabila rakan sekerjanya memaklumkan yang abang telah terjatuh ke dalam sungai sewaktu mengejar seorang suspek pada malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Wan Mohd. Arif terjatuh ke dalam Sungai Paka selepas tergelincir bersama seorang lelaki dikenali Zul Ayam sewaktu mengejar suspek tersebut bersama  tiga rakan sekerja lain di tebing sungai berkenaan pada pukul 8.30 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×