SHAH ALAM – Polis akan memanggil pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang mengaitkannya dengan dakwaan cubaan rasuah berjumlah RM5 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dalam masa terdekat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 43 tahun di Balai Polis Kota Damansara kira-kira pukul 6 petang semalam terhadap suami pelakon, Datin Diana Danielle itu.
Katanya, lelaki berkenaan merupakan wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.
“Dalam laporan polis berkenaan, pengadu menyatakan telah melihat satu video di Youtube MyFokus Online di mana Farid mendakwa beliau telah cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











