Curi seluar dalam, suri rumah dipenjara, denda - Utusan Malaysia

Curi seluar dalam, suri rumah dipenjara, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


PETALING JAYA 9 Nov. – Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita di sebuah pusat beli-belah, dua hari lalu.


Suhaibah Syaer, 52, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri lima helai seluar dalam wanita pelbagai jenama milik Pasaraya Aeon Damansara di sini kira-kira pukul 2.15 petang, 7 November lalu.


Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.

Memuatkan artikel berkaitan…


Terdahulu, Suhaibah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana perlu menanggung keluarga sementara Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman berbentuk pengajaran.


Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN