Berpantunlah kita sebagai adat
dalam membudayakan bangsa Melayu
melalui tradisi amalan turun-temurun
Memuatkan artikel berkaitan…
kerna budaya berpantun inilah
yang mendekatkan sebuah keluarga
yang mengikat tali perkahwinan
di antara dua kekasih yang bercinta
atas rasa kasih dan sayang.
Inilah amalan dan budaya Melayu
bertemu di antara kedua keluarga
saling menjadikan pantun Melayu
sebagai wahana dalam beradat
kerna pantun adalah tangkai budi
yang menjernihkan hati dalam bekeluarga.
Jadilah budaya berpantun itu
sebagai amalan yang baik
kerna warisan turun-temurun ini
bagaikan ikatan yang kukuh
untuk mendekatkan sesebuah keluarga
yang menyatukan sepasang kekasih
untuk mendirikan rumah tangga
umpama sirih pulang ke gagang.
WADIASSOFI JAAFAR
Alor Setar, Kedah.











