MAIPs sumbang RM20,000 kepada empat mangsa kebakaran di Kuala Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs sumbang RM20,000 kepada empat mangsa kebakaran di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Nov. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini menyumbangkan bantuan segera berjumlah RM5,000 bagi setiap buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau kawasan terlibat dan seterusnya menyerahkan sumbangan itu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut menyampaikan sumbangan yang diwakili oleh Pengarahnya, Mohammad Hazam Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs turut bertitah menasihatkan supaya penduduk di kawasan terlibat memastikan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan baik dan dibuat penyelenggaraan sekurang-kurangnya lima tahun sekali.

Dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, sebanyak empat buah rumah musnah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin telah berkenan berangkat menyertai Program Kayuhan Kasih ‘Search and Serve’ anjuran JKM negeri sejauh 12 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi di sini, semalam.

Pada majlis itu, baginda menyampaikan sumbangan kepada 114 orang golongan asnaf manakala JKM pula menyerahkan sumbangan kepada tiga buah rumah asnaf berupa kerusi roda, barangan keperluan dan bergotong-royong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN