Kim Seng umum tanding jawatan Presiden Gerakan - Utusan Malaysia

Kim Seng umum tanding jawatan Presiden Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng mengumumkan akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti 17 November ini.

Kim Seng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memulihkan imej parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita mahu memberi nafas baharu kepada parti dengan melahirkan lebih ramai pemimpin muda sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gerakan mengamalkan konsep keterbukaan kepada semua kaum. Saya yakin parti ini mampu memperoleh kembali kepercayaan rakyat dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kim Seng berkata, Raja Sara Petra yang merupakan anak kepada penulis blog, Raja Petra Kamarudin turut akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN