Henti tangkap pekerja asing yang mahu terus bekerja - Peka - Utusan Malaysia

Henti tangkap pekerja asing yang mahu terus bekerja – Peka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 9 Nov. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menyarankan kerajaan supaya memulakan program komprehensif untuk memberi status sah kepada pekerja asing yang mahu terus bekerja dan menyumbang pada negara ini.

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, kerajaan wajar menghentikan operasi menangkap pekerja asing yang permit tamat tempoh kerana mereka tiada cara mendapatkan dokumen sah dengan sendiri, sebaliknya perlu bergantung kepada majikan atau syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai pekerja asing yang bekerja dalam sektor bangunan, ladang dan lombong tidak mempunyai dokumen sah kerana pihak berkuasa tidak menyediakan saluran terbuka untuk mereka mendapatkan status sah.

“Selain itu, proses bagi memperbaharui permit kerja mereka, mendapatkan status sah dan diambil bekerja semula hanya boleh dilakukan majikan melalui syarika,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, operasi penahanan yang dibuat kerajaan tidak akan memanfaatkan mana-mana pihak kerana tidak ramai rakyat di negara ini khususnya anak muda yang sanggup melakukan pekerjaan seperti warga asing.

“Jika mereka diberi peluang perbaharui sendiri dokumen kerja sudah tentu mereka akan tampil, tiada isu lagi dianiaya sesiapa malah kerajaan sendiri akan mengaut banyak hasil.

“Ini mempunyai kesan rumit dan luas terhadap produktiviti sektor ekonomi utama. Negara ini sedang membangun, pekerja asing diperlukan untuk pembangunan ekonomi negara selain kepakaran bekerja pada mereka,” katanya.

Katanya, setiap lagi operasi penahanan diadakan, kerajaan akan berbelanja besar membabitkan operasi, proses perundangan dan perlu menanggung warga asing terlibat ketika mereka dipenjarakan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN