Padah berlumba di lebuh raya - Utusan Malaysia

Padah berlumba di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 9 Nov. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) terus aktif menggempur aktiviti lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini melalui Operasi Khas Samseng Jalanan setiap hari.

Dalam operasi terbaharu malam tadi, tiga lelaki berusia antara 16 hingga 21 tahun ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya termasuk menundukkan badan dan meniarap di atas di atas motosikal.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komsioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang bekerja sebagai pembantu kedai dan bekerja sendiri ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 7 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ditahan mereka didapati menunggang dalam keadaan berbahaya selain turut membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan, kesemua mereka negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN