KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan enam kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membantu seorang remaja yang cedera akibat dihempap roda basikal dibuang dari tingkat atas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia dekat sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya dimaklumkan enam individu tersebut hadir memberi keterangan pada pukul 12.30 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini bagi membantu siasatan berhubung kes mencampak objek di perumahan tersebut.
“Ketika kejadian, enam kakitangan DBKL itu dikatakan bertugas sebagai pemantau lalu lintas di lokasi kejadian,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











