Elaun sara hidup nelayan tidak lagi secara tunai - Utusan Malaysia

Elaun sara hidup nelayan tidak lagi secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 7 Nov. – Kerajaan sedang mempertimbangkan un­tuk menyalurkan Elaun Sara Hidup (ESH) kepada nelayan menerusi kad pintar atau kupon berbanding secara tunai, sekali gus menyangkal dakwaan bantuan itu akan dihentikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya sedang memperincikan pendekatan baharu itu yang dijangka boleh diaplikasikan bermula tahun depan bagi membela nasib golongan itu.

Menurut beliau, penggantian tunai itu antara lain sebagai langkah menyalurkan insentif secara bersasar kepada nelayan selepas melaksanakan proses pemutihan bagi mengenal pasti nelayan tulen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau dahulu cash money sekarang kita akan perbaiki mungkin kupon (atau) mungkin smart card (supaya) kita nak pastikannya sampai kepada mereka dan walaupun duit dapat ke poket tetapi tak nak nelayan beli benda-benda lain.

“Kalau RM300 sebulan pada musim tengkujuh kita bagi duit dan mahu mereka beli susu, beras dan sebagainya. Jadi, pendekatan ini nak pastikan (bantuan) sampai selain tak mahu ketirisan berlaku di tengah jalan,” katanya selepas melancarkan Hari Bertemu Pelanggan kementeriannya di sini, hari ini.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini mengumumkan hampir 8,000 nelayan ditapis dan dikeluarkan daripada senarai penerima ESH bagi memastikan hanya nelayan sebenar dan layak menikmati bantuan berkenaan.

Mengulas lanjut, Salahuddin ketika ditanya adakah jumlah insentif berkenaan masih sama, beliau berkata kementerian ma­sih mengkaji perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN