N&Z bukan sekadar kedai - Utusan Malaysia

N&Z bukan sekadar kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Nov. – Permainan skateboard atau papan selaju yang berasal dari California, Amerika Syarikat turut diminati rakyat negara ini, khusus­nya golongan remaja dan belia.

Malah, permainan itu turut menjadi sumber pendapatan kepada anak tempatan untuk menceburi bidang perniagaan menjual pelbagai jenis barangan dan aksesori sukan ekstrem berkenaan.

Kedai N&Z Skateshop yang terletak di Angsana Johor Bahru Mall, di sini antara yang tidak asing bagi peminat sukan berke­naan.

Memuatkan artikel berkaitan…
Pelbagai aksesori papan skateboard.
Pelbagai aksesori papan skateboard. 

Dibuka pada tahun 1998, kedai milik Nazarudin Ami, 55, itu kini diusahakan oleh salah seorang anaknya, Muhamad Syafiq, 24, yang juga peminat papan luncur.

Muhamad Syafiq berkata, kedai tersebut yang terletak di aras tiga pusat beli-belah berkenaan dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan merupakan pusat sehenti bagi peminat papan selaju.

“Kedai ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis barangan dan aksesori bagi sukan ini, malah turut menyediakan perkhid­matan membaik pulih papan selaju.

“Bukan itu sahaja, kedai ini turut menjadi tempat pertemuan peminat sukan ekstrem ini untuk bertanya khabar, bertukar pandangan dan mendapatkan pelbagai info terbaharu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Kasut yang khusus untuk skateboard turut dijual di N & Z Skateshop,
Kasut yang khusus untuk skateboard turut dijual di N & Z Skateshop, 

Menurutnya, kedai tersebut bukan sahaja menjual papan selaju yang diimport dari Amerika Syarikat, malah yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN