JOHOR BAHRU 7 Nov. – Country Garden Malaysia menerusi Country Garden Central Park menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Damansara Aliff bagi melaksanakan kerja penambahbaikan sekolah.
Pengurus Besar Jenama dan Budaya Country Garden Malaysia, Emma Han berkata, menjadi misi pihaknya untuk membantu pendidikan menerusi sekolah di kawasan sekitarnya.
“Kumpulan Country Garden komited dengan pelaksanaan usaha tanggungjawab korporat berteraskan prinsip Memacu Kesejahteraan Masyarakat dengan Kewujudan Kami.
“Antara misi tersebut termasuklah membantu sekolah-sekolah dengan pelaksanaan kerja penambahbaikan demi meningkatkan mutu dan kualiti pembelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menghadiri majlis penyerahan Sumbangan di SK Taman Damansara Aliff, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengetua SK Taman Damansara Aliff, Shamsiah A. Jabar.
Sementara itu, jurucakap SK Taman Damansara Aliff, Nur Fairuz Ab. Kadir berkata, pihak sekolah berterima kasih dengan sumbangan diberikan Country Garden Malaysia.











