Projek pengerukan Sungai Sarawak bernilai RM420 berjalan lancar - Utusan Malaysia

Projek pengerukan Sungai Sarawak bernilai RM420 berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 7 Nov. – Kerja-kerja pengerukan Sungai Sarawak di sekitar Terminal Senari bernilai RM420 juta berjalan lancar yang dijangka disiapkan pada Ogos tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek tersebut dimulakan pada November tahun lalu sepatutnya disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Katanya, pihak kontraktor berhasrat untuk menyiapkan lebih awal bagi pengerukan sepanjang 43 kilometer (km).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedalaman laluan air itu nanti daripada sekitar tiga ke lima meter kepada sembilan meter ketika paras air biasa.

“Laluan itu dengan lebar antara 160 ke 180 meter juga membolehkan kapal-kapal besar melaluinya meskipun ketika paras air rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Lawatan Kerja di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah JPJ negeri, Mohd. Shafiq Anas Abdullah.

Tambahnya, tidak ada lagi masa menunggu dan pelabuhan dapat beroperasi 24 jam yang memberi kesan signifikan kepada ekonomi serta perniagaan di sekitar Kuching. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN