Polis tahan peragut, rampas MyKad, lesen memandu - Utusan Malaysia

Polis tahan peragut, rampas MyKad, lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 7 Nov. – Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut seorang wanita di Jalan Serai, Taman Sri Tengah, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Taman Okid di sini pukul 8.30 pagi.

“Susulan penahanan suspek, kita telah merampas, antaranya sebuah dompet mengandungi MyKad, lesen memandu, kad ATM dan buku bank disyaki milik mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah selain suspek mengaku terlibat dalam lima kes ragut di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN