Lelaki maut kereta dipandu langgar pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov.- Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Waja dipandunya melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 15, Lebuh Raya Besraya menghala ke Cheras di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Ng Kar Wai, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan di satu kawasan selekoh lebuh raya tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta berkenaan kemudian terus melanggar pembahagi tengah lebuh raya itu dan menyeret batu pembahagi berkenaan sejauh 100 meter.

“Kejadian berlaku di laluan lebuh raya yang mempunyai tiga lorong sehala dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, pihaknya meminta sesiapa yang terlihat kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN