Polis ambil keterangan kakitangan DBKL saksi baling tayar basikal - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan kakitangan DBKL saksi baling tayar basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesemua Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjadi saksi kejadian seorang remaja terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia Blok Jumaat lalu sudah tampil untuk memberikan keterangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya dimaklumkan enam individu tersebut hadir memberi keterangan pada pukul 12.30 tengahari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini bagi membantu siasatan.

“Sehingga masa kini, polis telah mengambil keterangan lapan individu termasuk kakitangan DBKL.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, enam kakitangan DBKL itu sedang bertugas sebagai pemantau lalu lintas di lokasi kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang remaja terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dihempap roda basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dalam kejadian di tempat letak motosikal di PPR Gombak Setia di sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, baru turun dari rumahnya di tingkat enam bersama seorang rakan dan berjalan sambil berbual untuk pergi ke tempat letak motosikal di bawah flat tersebut sebelum kepalanya tiba-tiba terkena roda basikal yang dibuang dari tingkat atas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN