Kes baling tayar basikal: 8 saksi diambil keterangan - Utusan Malaysia

Kes baling tayar basikal: 8 saksi diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Polis telah mengambil keterangan lapan individivu termasuk enam kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kes baling tayar basikal dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia di sini, Sabtu lalu.

“Kakitangan DBKL terbabit baru tampil tengah hari tadi untuk beri keterangan, jadi saya harap kita tunggu hasil siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nyaris maut selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dalam kejadian di Blok 41 PPR Gombak Setia di sini.

Susulan itu, mangsa, Muhammad Iqmal Abdul Razak, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka pada bahagian siku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN