Polis Sabah tumpas kegiatan edar dadah seberat 11kg - Utusan Malaysia

Polis Sabah tumpas kegiatan edar dadah seberat 11kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan Sabah sebagai transit tumpas dalam serbuan melibatkan rampasan syabu sebanyak 11 kilogram (kg) bernilai RM552,900 di sekitar Lahad Datu dan Semporna pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, tiga suspek berusia antara 15 hingga 42 tahun diberkas bersama tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Bezza, Myvi dan pacuan empat roda Isuzu Dmax.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, kegiatan kesemua suspek termasuk seorang warga asing terbongkar selepas mereka ditahan di Jalan Tungku di Lahad Datu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan pertama melibatkan rampasan sebuah Perodua Bezza dan Myvi. Kesemua suspek cuba melarikan diri namun, gagal kerana berjaya diberkas.

“Hasil siasatan terhadap suspek membongkar lokasi persembunyian dadah di dalam kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di Jalan Seri Melor Tinggayan di Semporna,” katanya.

Omar berkata, pasukan polis juga menemui sebuah kotak di bahagian penumpang yang mengandungi 11 plastik biru berisi dadah jenis syabu.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua dadah tersebut diseludup masuk ke Sabah dengan menjadikan negeri ini sebagai transit.

Jelasnya, siasatan lanjut terhadap saki baki sindiket berkenaan sedang dilakukan secara terperinci.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN