Berulang alik 10 km dengan bot untuk pastikan anak bersedia hadapi STPM - Utusan Malaysia

Berulang alik 10 km dengan bot untuk pastikan anak bersedia hadapi STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 7 Nov. – Seorang bapa dari Kampung Bongo di sini sanggup berulang alik sejauh 10 kilometer (km) menggunakan bot bagi memastikan anaknya yang merupakan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Mohd. Nor Isa, 55, berkata, bot menjadi kenderaan utama penduduk ketika ini selepas laluan utama di kampung berkenaan sudah ditenggelami banjir sejak dua hari ekoran limpahan air Sungai Golok akibat hujan lebat.

Menurutnya, walaupun berdepan sedikit kesukaran namun dia tetap mahu memastikan anaknya itu mampu ke sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lagipun anak saya akan menduduki STPM tidak lama lagi. Jadi saya tidak mahu dia ketinggalan dalam pelajaran.

“Insya-Allah selagi mampu, saya akan pastikan dia tetap ke sekolah,” katanya.

Mohd. Nor memberitahu, anaknya kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas.

Katanya, dia amat menitik beratkan soal pelajaran anak-anak bagi memastikan mereka mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Selain kampung Bongo, kampung Lachang, Jejawi, Tasik Bakong dan beberapa kawasan berhampiran Sungai Golok sudah mula dinaiki air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN