Ringgit melantun semula berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan - Utusan Malaysia

Ringgit melantun semula berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana mata wang berkenaan menurun semula selepas keuntungan baru-baru ini, menjelang keputusan pilihan raya pertengahan Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1630/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1780 yang direkodkan pada pukul 6 petang pada Isnin.

Pasaran ditutup semalam kerana cuti Hari Deepavali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peniaga berkenaan berkata, pilihan raya pertengahan pada Selasa akan menentukan sama ada Republikan akan dapat terus mengawal kedua-dua dewan Kongres.

Pemain pasaran menjangka Demokrat akan mengawal Dewan Perwakilan manakala Republikan mengekalkan kawalan ke atas Dewan Senat, kata peniaga berkenaan.

“Republikan dilihat lebih mesra perniagaan. Jika Demokrat berkuasa semula, ini bermakna beberapa dasar utama Presiden Donald Trump akan menghadapi pembangkang dalam masa dua tahun daripada penggal pertamanya di White House,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0340/0383 daripada 3.0325/0372 pada Isnin, susut berbanding pound British kepada 5.4639/4713 daripada 5.4266/4347 dan lemah berbanding euro kepada 4.7695/7769 daripada 4.7493/7554.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6782/6836 daripada 3.6838/6885. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN