Klopp puji aksi Pavkov - Utusan Malaysia

Klopp puji aksi Pavkov

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGRADE 7 Nov. – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui Milan Pavkov wajar diberikan pujian selepas menjaringkan dua gol ketika membantu Red Star Belgrade menang 2-0 ke atas The Reds dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

“Kami tahu dia mampu mengubah permainan ketika dia dimasukkan semasa di Salzburg. Apabila dia beraksi malam ini, jelas sekali dia adalah penyerang utama untuk Red Star.

“Dia bermain dengan baik, saya fikir jaringan keduanya mengejutkan dirinya sendiri. Dia selayaknya diberikan pujian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas mengenai suasana di Marakana, Klopp menegaskan, mereka seharusnya boleh menyesuaikan diri.

“Ia adalah suasana yang cukup baik, saya tidak fikir kami tidak boleh bermain kerana perasaan takut atau sebagainya kerana ini adalah suasana bola sepak.

“Apa yang dinyanyikan penyokong, kami tidak faham, cuma keadaan agak bising tetapi ia bukan satu masalah.

“Mereka tidak mudah mengalah, mereka berikan segalanya. Bagi kami, semuanya tidak menjadi. Kami bermain dengan baik tetapi tidak dapat menjaringkan gol,” kata Klopp.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN