Lukaku terlepas aksi menentang Juventus - Utusan Malaysia

Lukaku terlepas aksi menentang Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Nov. – Romelu Lukaku tidak berada dalam senarai pemain Manchester United untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus, awal pagi esok.

United akan berdepan The Old Lady di Turin bagi aksi Kumpulan H selepas tewas 0-1 di laman sendiri kepada skuad kendalian Massimiliano Allegri, dua minggu lalu.

Lukaku diturunkan dalam aksi itu tetapi diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan berikutnya ketika menentang Everton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Belgium itu juga tiada dalam senarai pemain Jose Mourinho ketika mereka menang ke atas Bournemouth dan pengendali Portugal itu mendedahkan bahawa Lukaku mengalami kecederaan otot semasa menjalani latihan.

Pemain berusia 25 tahun itu gagal menyertai sesi latihan semalam dan bercakap kepada pemberita, Mourinho mengesahkan bahawa Lukaku tidak akan beraksi menentang juara Itali itu.

United juga akan beraksi menentang Manchester City, hujung minggu ini dan Mourinho mengakui dia tidak pasti sama ada Lukaku akan beraksi menentang skuad kendalian Pep Guardiola itu atau sebaliknya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN