Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM letak jawatan - Utusan Malaysia

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatan yang disandang dalam badan induk berkenaan termasuk jawatan exco berkuat kuasa serta merta.

Bekas pengadil FIFA itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat setelah ahli keluarganya turut menerima kecaman hebat daripada netizen susulan pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman ketika aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lepas.

Subkhiddin, 51, memaklumkan beliau sudah menyiapkan surat peletakan jawatannya dan akan menyerahkan surat berkenaan kepada FAM dalam tempoh terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa saya sudah meninggal dunia dan ada segelintir peminat bola sepak yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ahli keluarga saya dalam laman sosial dan saya rasa itu sudah cukup. Saya nak sumbangkan tenaga saya kepada bola sepak Malaysia tetapi bila tidak dihargai, saya minta maaflah, itu prinsip saya.

“Netizen ini kadang-kala saya lihat turut tidak beretika ketika membuat komen di laman sosial,” katanya selepas sidang media mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengadil FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Subkhiddin turut meminta maaf kepada pengurusan FAM termasuk Presiden, Datuk Hamidin Mohd. Amin kerana mengambil keputusan tersebut, namun menegaskan ia dibuat untuk mengelak ahli keluarganya daripada terus dikecam netizen di laman sosial. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN