Ramli Pengarah SPRM Kelantan yang baharu - Utusan Malaysia

Ramli Pengarah SPRM Kelantan yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Nov. – Ramli Ismail dilantik sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober lalu.

Ramli sebelum ini merupakan Pengarah SPRM Negeri Sembilan menggantikan Datuk  Moh Samsudin Yusoff yang bersara wajib pada 9 September lalu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Pejabat SPRM Kelantan, di sini hari ini disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ramli berkata, beliau akan meneruskan kecemerlangan SPRM Kelantan dari segi pelaksanaan fungsi dengan memberi tumpuan kepada rasuah sempadan, agensi penguat kuasa, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Jelas beliau, tumpuan tersebut adalah selaras dengan misi dan visi yang telah digariskan oleh SPRM.

“Saya akan memastikan SPRM keseluruhannya terus mendapat keyakinan rakyat dengan memperbanyakkan inisiatif mendekati mereka mengerti fungsi sebenar SPRM dan berani tampil ke hadapan bagi menyalur maklumat mengenai salah laku rasuah,” katanya.

Ramli yang berkhidmat selama 16 tahun pernah bertugas di SPRM Putrajaya pada 2002 sebagai Pegawai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sebelum berkhidmat di beberapa negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Integriti di Telekom Malaysia (TM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN