1,000 bantah ratifikasi ICERD - Utusan Malaysia

1,000 bantah ratifikasi ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 penyokong UMNO, Pas dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) me­ngadakan perhimpunan membantah cadangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara semalam.

Peserta yang sebahagian besarnya berpakaian putih mula berkumpul di sekitar kawasan Masjid Jamek di sini pada pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Perhimpunan tersebut disertai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Hadir sama Pengerusi NGO Generasi, Roslan Md. Esa dan wakil gabungan NGO lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laungan ‘Bantah ICERD’ bergema sepanjang jalan dari Masjid Jamek menuju ke Sogo. Ia merupakan demonstrasi terbesar diadakan parti pembangkang dalam membantah polisi kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Pelbagai pihak termasuk ahli akademik sebelum ini mahu kerajaan berhati-hati dalam mengambil keputusan meratifikasi konvensyen antarabangsa tersebut kerana dilihat berlawanan de­ngan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal hak orang Melayu dan bumiputera serta Islam sebagai agama rasmi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN