Guru besar tidak ada kuasa - Utusan Malaysia

Guru besar tidak ada kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang guru besar tidak mempunyai kuasa dalam menentukan sama ada guru yang memohon untuk bertukar ke sekolah lain layak atau tidak untuk berbuat demikian.

Kamarozaman Abd Razak

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak (gambar) berkata, tindakan seorang guru di Pandamaran, Klang, Selangor memberi wang suapan bernilai RM5,000 kepada guru besarnya merupakan satu kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika permohonan seorang guru mempunyai merit ataupun menepati syarat-syarat untuk perpindahan, maka ia akan diluluskan. Banyak faktor yang akan dilihat, antaranya sama ada keselamatannya diancam atau berhadapan masalah rumah tangga.

“Guru-guru yang ingin memohon untuk bertukar sekolah perlu merujuk kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan tiga orang guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran, Klang kelmarin kerana meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000 berkaitan penukaran guru di sekolah terbabit.

Dalam pada itu, Kamarozaman berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) dalam usahanya untuk meningkatkan tahap integriti guru.

Katanya, antara perkara yang akan dilakukan bagi tujuan ter­sebut adalah dengan mengadakan jelajah di negeri-negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini