KUALA LUMPUR – Seorang remaja terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dihempap roda basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dalam kejadian di tempat letak motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, baru turun dari rumahnya di tingkat enam bersama seorang rakan dan berjalan sambil berbual untuk pergi ke tempat letak motosikal di bawah flat tersebut.
“Sedang saya dan rakan berjalan, kepala saya secara tiba-tiba menjadi amat berat seperti hendak pecah selain saya juga rasa hendak pengsan.
“Saya hanya mengetahui kepala saya ditimpa roda basikal yang jatuh dari flat selepas rakan saya beritahu,” kata pekerja penghantar makanan dan kelindan lori itu semasa dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











