15 maut trak rempuh 31 kereta di plaza tol - Utusan Malaysia

15 maut trak rempuh 31 kereta di plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 4 Nov. – Sebuah trak hilang kawalan lalu merempuh 31 kereta yang sedang berbaris di barat laut China, mengorbankan 15 orang dan mencederakan 44 yang lain, menurut pihak berkuasa di bandar Lanzhou hari ini.

Menurut Jabatan Propaganda Lanzhou, kemalangan itu berlaku malam semalam, apabila pemandu trak tersebut hilang kawalan ketika menuruni le­buh raya dan melanggar barisan kereta di sebuah plaza tol.

Daripada 44 mangsa cede­ra, sepuluh parah, kata pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemandu trak berkenaan, Li Feng disiasat dan diletakkan dibawah pemerhatian pihak polis, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Trak tersebut didaftarkan di alamat tempat asal Feng iaitu di wilayah Liaoning, lebih 2,000 kilometer dari tempat kemala­ngan.

Itu adalah kali pertama Feng memandu di atas jalan raya, kata China Daily.

Stesen penyiar tempatan, CCTV menyiarkan video dari tempat kejadian yang menunjukkan salji tebal dan banyak kenderaan tidak dapat bergerak dan terbalik.

Kemalangan jalan raya menyebabkan kematian merupakan per­kara biasa di China, berikutan peraturan lalu lintas sering diabaikan atau tidak dikuatkuasakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN