Lelaki diberkas ragut beg berisi pendakap gigi - Utusan Malaysia

Lelaki diberkas ragut beg berisi pendakap gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 4 Nov. – Salah seorang daripada dua lelaki tempatan yang meragut seorang wanita warga China di Jalan Raja Uda di sini tidak sempat ‘menikmati’ hasil kegiatan jenayah apabila dia berjaya diberkas orang awam dan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…
Bahan bukti
ANTARA barangan dirampas polis selepas menahan seorang lelaki yang meragut warga asing di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi. – GAMBAR IHSAN PDRM

Dalam kejadian kira – kira pukul 9.50 malam tadi, orang ramai yang sedang makan di medan selera di situ gempar apabila seorang wanita menjerit meminta tolong selepas dua lelaki bermotosikal meragut  beg tangannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, seorang suspek berjaya ditahan oleh polis dan orang awam manakala seorang lagi melarikan diri.

“Hasil ujian air kencing terhadap lelaki itu mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine manakala pemeriksaan mendapati dia turut memiliki 13 rekod jenayah lampau,” katanya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, antara barangan yang terdapat dalam beg mangsa yang bekerja di sebuah pusat internet berkenaan termasuklah pendakap gigi, kad bank serta salinan paspot.

“Polis kini sedang melakukan memburu seorang lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN