Mehmet tidak akan kembali bimbing Selangor - Utusan Malaysia

Mehmet tidak akan kembali bimbing Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Mehmet Durakovic tidak akan kembali mengendalikan Selangor bagi saingan Liga Malaysia bagi musim 2019.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Mehmet sebenarnya sudah menandatangani kontrak bersama Red Giants, September lalu tetapi pada masa sama berhasrat untuk kekal bersama Perak bagi musim hadapan.

Sebelum ini, pengendali berusia 53 tahun yang pernah membantu Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015 mengadakan pertemuan bersama Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan hasratnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Presiden (Tengku Amir) sudah mempertimbangkan perkara ini dan bersetuju untuk membatalkan kontrak berkenaan mengenangkan Mehmet banyak berjasa kepada Selangor,” kata kenyataan itu.

Mehmet pernah beraksi bersama Selangor pada 1995 hingga 1998 sebelum kembali ke pangkuan pasukan itu sebagai jurulatih bermula 2013 hingga 2015.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN