Jalan ditutup sempena Selangor Cycling Series 10 Nov. - Utusan Malaysia

Jalan ditutup sempena Selangor Cycling Series 10 Nov.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Nov. – Sempena penganjuran Selangor Cycling Series pada 10 November ini, beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup.

SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN AHMAD 

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kejohanan anjuran pihaknya dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dijadualkan bermula di Persiaran Tasik seterusnya di sekitar Taman Tasik Shah Alam.

“Sehubungan itu, MBSA akan menutup sementara beberapa jalan sepanjang acara ini berlangsung dan pada hari persiapan kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jalan-jalan yang akan terlibat ialah Persiaran Tasik pada 9 November iaitu hari Jumaat mulai 10 malam sehingga 1 pagi, Persiaran Dato’ Menteri serta Persiaran Masjid pada 10 November iaitu hari Sabtu (10 pagi sehingga 5 petang),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahrin menambah, jalan-jalan yang ditutup akan dibuka semula secara berperingkat sebaik sahaja acara selesai dijalankan.

Menurutnya, orang ramai khususnya pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota penguat kuasa MBSA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa kejohanan berlangsung.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1373 atau 1554. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN