MB Perak dahului penerima pingat Keputeraan Sultan Perak - Utusan Malaysia

MB Perak dahului penerima pingat Keputeraan Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak dan Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr. Aishah Ong menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak membawa gelaran Datuk Seri,  yang disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak Raja Jaafar, Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta beberapa menteri Kabinet dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Nazrin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak  yang membawa gelaran Datuk kepada 14 individu termasuk Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dr Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Sultan Nazrin turut mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk kepada dua penerima iaitu Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan, Brigadier Jeneral  Ir Chapiti Redzwan serta Ketua Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan, Maktab Polis Diraja Malaysia, SAC Sum Chang Keong. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN