PDRM sambut baik pembentangan belanjawan - Utusan Malaysia

PDRM sambut baik pembentangan belanjawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik dan menghargai peruntukan untuk warga pasukan itu yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM mendapat manfaat melalui 24 projek kerjasama awam swasta (PPP) berasaskan tender terbuka seperti sekolah, kem tentera, balai polis dan bomba serta rumah mampu milik yang keseluruhannya bernilai RM5.3 bilion.

Mohamad Fuzi Harun
MOHAMAD FUZI HARUN

Menurutnya, manfaat lain yang turut diperoleh PDRM ialah pemberian bantuan RM500 secara one-off kepada pesara berkelayakan selain kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari bagi penjawat awam yang bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan.

Ujarnya, selain itu, pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk penjawat awam yang memilih skim pencen bagi menggalakkan pemilikan perlindungan insurans turut diberikan.

“Peruntukan RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bagi mempertingkatkan keselamatan negara dan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk membina dan menyiapkan rumah mampu milik demi memastikan bekalan rumah mencukupi juga amat dihargai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memberi­tahu, PDRM juga akan menerima pelanjutan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) iaitu pembayaran pertama dilanjutkan daripada 30 kepada 35 tahun dan tempoh pembia­yaan kedua daripada 25 kepada 30 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN