PTPTN: Amanah pertahan Belanjawan 2019 - Utusan Malaysia

PTPTN: Amanah pertahan Belanjawan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Nov. – Pemimpin Pakatan Harapan mempertahankan pengumuman pemotongan gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji lebih RM1,000 sebulan dalam Belanjawan 2019 walaupun langkah itu bertentangan sama sekali dengan manifesto mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan niat itu kekal sama, cuma yang berbeza hanya dari sudut pelaksanaan dan perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Presiden Pakatan Harapan hari ini.

DZULKEFLY AHMAD
DZULKEFLY AHMAD 

“Saya antara orang bertanggungjawab tentang manifesto Pakatan Harapan, jadi saya tahu perkara itu perlu kita lihat dan memang ada sedikit kelainan dari segi pelaksanaan. Saya mahu bawa kepada pengetahuan pimpinan untuk dibincangkan.

“Saya ingat niat itu adalah sama, cuma dari sudut pelaksanaan dan mekanisme perlu kita lihat supaya tidak nampak bercanggah. Jadi saya mahu diberikan masa berbincang dengan rakan-rakan yang terlibat dalam manifesto,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pembentangan belanjawan semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peminjam PTPTN berpendapatan lebih RM1,000 akan dipotong gaji di antara dua hingga 15 peratus sedangkan dalam manifesto berjanji hanya peminjam bergaji melebihi RM4,000 sahaja perlu menjelaskan hutang.

Dalam pada itu, Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyalurkan dana RM29.2 bilion, yang disifatkannya terbesar berbanding sebelum ini kepada kementerian tersebut dan berjanji akan melaksanakan segala urus tadbir secara penuh amanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN