UMNO tolak ratifikasi ICERD - Utusan Malaysia

UMNO tolak ratifikasi ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu menolak sekeras-kerasnya langkah untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata, UMNO tidak akan membiarkan hak orang Melayu, agama Islam, Raja-Raja Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperkotak-katikkan.

“Kalau ada pihak yang cuba berbuat demikian, langkah mayat ahli-ahli UMNO dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan tetap pertahankan apa sahaja yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti bersama UMNO Bahagian peringkat negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN