Pakatan Harapan yakin bayar semula bon Samurai - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan yakin bayar semula bon Samurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan yakin dapat membayar semula penerbitan bon Samurai dalam tempoh sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana kadar faedah yang ditawarkan kerajaan Jepun terhadap penerbitan bon bernilai RM7.4 bilion itu rendah iaitu hanya 0.65 peratus.

“Apabila kita lihat semula bon ini, kadar yang paling murah kita peroleh untuk lima tahun, tetapi sebab kerajaan Jepun memberi jaminan dan menghormati Malaysia, maka mereka bersetuju memberi sehingga 10 tahun.

“Jika dalam tempoh lima tahun terlalu singkat untuk kita mengemudi, maka kita ada 10 tahun untuk bayar semula dengan kadar faedah yang memihak kepada kita,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Jelas Guan Eng, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu mengenai penggunaan bon Samurai itu sebelum suku pertama tahun depan, tetapi memberi jaminan penggunaannya akan dipelbagaikan.

“Ini termasuk pembiayaan kewangan semula, penggubalan semula pinjaman denominasi asing yang sedia ada dan beberapa projek pembangunan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN