Enam cedera bas ekpress langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Enam cedera bas ekpress langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov.- Sebanyak lima penumpang dan seorang pemandu bas ekspress cedera selepas bas dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dalam kejadian di Lebuh raya Utara-Selatan di sini, awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mereka yang cedera terdiri daripada empat penumpang wanita dan dua lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlalu selepas bas ekpress dari Pulau Pinang menuju ke ibu negara itu berada di lorong kiri hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori membawa muatan simen.

Ujarnya, akibat itu, kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan.

“Kesemua penumpang terlibat mengalami kecederaan patah dan retak di bahagian kaki serta tangan selain luka di muka.

“Bagaimanapun, penumpang lain yang tidak mengalami kecederaan telah beredar dari lokasi kemalangan. Siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN