Pendosa Ingin Ke Syurga ungguli ASK2018 - Utusan Malaysia

Pendosa Ingin Ke Syurga ungguli ASK2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Karya arahan Rashid Sibir terbitan Suhan Movies, Pendosa Ingin Ke Syurga menggunguli Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) apabila berjaya meraih dua anugerah utama, Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis anugerah tersebut, trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama menjadi milik Nad Zainal menerusi drama Fatonah Azali manakala Jay Iswazir berjaya mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Aku Nazmi.

Sementara itu, filem Dukun, arahan Dain Said turut mencatat kejayaan besar pada anugerah terbabit dalam kategori filem apabila membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik (Datin Seri Umie Aida).

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Shaheizy Sam yang berjaya membuktikan lakonan berkesan dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Dalam pada itu, drama Nur yang mencetuskan fenomena berjaya meraih tiga anugerah Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Amyra Rosli. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN