LONDON 2 Nov. – Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling memberi persetujuan secara lisan mengenai kontrak baharu selama lima tahun bersama Juara Liga Perdana Inggeris itu.
Sterling berjaya menjadi antara pemain England yang paling meyerlah sejak men-yertai City dari Liverpool pada 2015 dan perjanjian baharu ini menyaksikan dia menerima kenaikan gaji hampir sekali ganda.
Pemain berusia 23 tahun yang memiliki kontrak sehingga 2020 dilaporkan bakal menerima gaji baharu sekitar 300,000 pound (RM1.6 juta) seminggu sejurus selepas dia menandatangani kontrak baharu, sekali gus menjadikannya pemain Inggeris yang menerima gaji tertinggi.
Sterling memainkan peranan penting dalam membantu City merangkul kejuaraan musim lalu dan musim ini dia berjaya meledak empat gol dalam lapan penampilan.
Masa depan pemain itu menjadi perbualan hangat sejak permulaan musim.
Pengendali City, Pep Guar-diola yang berjaya meningkatkan prestasi Sterling sepanjang berada di Stadium Etihad berkata, City sememangnya berhasrat untuk mengekalkan pemain itu.
Guardiola kemudiannya menyerahkan perkara itu kepada wakil Sterling dan pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain untuk membincangkan perkara itu.– AFP











