JAKARTA 2 Nov. – Kementerian Pengangkutan telah menemukan kesalahan kecil di dalam dua jet Boeing 737-MAX 8 yang lain, termasuk penunjuk kokpit yang bermasalah , menurut seorang penganalisis mungkin serupa dengan yang dilaporkan di pesawat Lion Air yang terhempas.
Ini kerana, kementerian sedang memeriksa 10 jet baru yang dimiliki Lion dan kapal terbang Garuda, ketika pihak berkuasa menganalisis data dari kotak hitam yang dapat membantu menjelaskan mengapa penerbangan JT 610 terhempas ke Laut Jawa, mengorbankan 189 penumpang.
Sedikit butir terperinci telah dikeluarkan malah kementerian telah memeriksa lebih kurang setengah jumlah jet setakat ini dan mendapati bahawa ia mempunyai masalah yang berkaitan dengan paparan kokpitnya manakala yang lain mempunyai masalah dalam sistem penstabilan jet.
Kedua-dua pesawat milik Lion memerlukan komponen baru, katanya.
Penganalisis penerbangan, Dudi Sudibyo berkata, isu paparan kokpit itu merangkumi gangguan laju dan kelajuan yang dilaporkan dalam jet yang terhempas.
“Ia boleh menjadi isu kecil tetapi perlu diperbaiki. Dengan kapal terbang, walaupun terdapat satu kesalahan kecil, ia tidak boleh terbang,” ujarnya. -AFP











