Bayi lebam muka didera pengasuh - Utusan Malaysia

Bayi lebam muka didera pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengalami lebam pada muka dipercayai akibat didera pengasuh­nya dalam kejadian di sebuah flat berhampiran Taman Equine dekat sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian terbongkar selepas ibu bayi yang berusia 27 tahun itu menemui kesan lebam pada muka anaknya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk me­nerima rawatan.

Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh berusia 22 tahun itu menerusi laman Facebook dan telah menghantar bayinya ke rumah wanita berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka sejak 22 Oktober lalu.

Menurut ibu saudara mang­sa yang hanya mahu dikenali sebagai Isha, 23, dia telah mengambil bayi berkenaan di rumah pengasuh pada pukul 4 petang 24 Oktober lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN