JAKARTA 2 Nov. – Kerusi penumpang, tayar pesawat dan beberapa bahagian lain pesawat Lion Air yang terhempas ditemukan, ketika pihak berkuasa kini menganalisa kotak hitam yang akan membongkar punca pesawat itu jatuh ke Laut Jawa, mengorbankan 189 penumpang.
Pasukan penyelamat menjelajah sehingga ke dasar laut mencari pesawat Boeing-737 MAX 8, yang jatuh ke perairan utara pantai Indonesia yang berlepas Isnin lalu.
“Terdapat banyak serpihan kecil, roda pesawat, dan kerusi semuanya hancur,” kata Komander Bahagian Mencari dan Menyelamat Tentera Laut Indonesia, Isswarto.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penyelam meluaskan kawasan pencariansekitar 25-35 meter,namun telah menemukan bahagian badan pesawat awal dari jangkaan. -AFP











