Belanjawan 2019: Langkah percukaian tepat demi masa depan lebih mantap - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: Langkah percukaian tepat demi masa depan lebih mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang pertama bagi kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH), mengetengahkan pelaksanaan langkah tegas dari segi percukaian, rancangan bagi konsolidasi fiskal seterusnya serta insentif wajar bagi membolehkan kemajuan perniagaan dalam usaha mengembalikan kekukuhan ekonomi Malaysia.

Merujuk aspek percukaian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan beberapa cadangan termasuk memperkenalkan duti eksais bermula 1 April 2019 pada kadar 40 sen seliter bagi dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.

Ini membabitkan minuman dengan nilai ambang kandungan gula iaitu air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain mengandungi gula melebihi 5 gram bagi setiap 100 milimeter dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran dengan gula melebihi 12 gram bagi setiap 100 mililiter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, beliau turut mengumumkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), kenaikan cukai, fi dan levi ke atas sektor perjudian dan memperkenalkan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan yang diimport dan  perkhidmatan atas talian yang diimport.

“Langkah percukaian (ke atas perkhidmatan diimport) ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negara,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera,” di sini hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Guan Eng berkata, bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 10 peratus daripada 5 peratus.

Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 5 peratus berbanding sifar peratus.

Selain itu, cukai, fi dan levi yang tidak dinaikkan sejak 2005 turut dipinda seperti duti kasino yang akan dinaikkan kepada RM150 juta daripada RM120 juta manakala duti kasino akan dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar.

Menurut Guan Eng, kerajaan juga melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai, termasuk akaun pesisir pantai. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini