Reds, Gunners ‘sakit kepala’ - Utusan Malaysia

Reds, Gunners ‘sakit kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Nov. – Arsenal berdepan isu kecederaan dan penggantungan pemain menjelang pertemuan getir menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, lawan mereka juga mempunyai masalah tersendiri apabila bintang penyerangnya, Mohamed Salah tidak pasti dapat diturunkan akibat kecede­raan pergelangan tangan.

Gunners bakal terlepas ­khidmat, Matteo Guendouzi yang digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika menewaskan Blackpool 2-1 dalam Piala Liga.

Pemain tengah Mesir, Mohamed Elneny pula berada dalam senarai terbaru kecede­raan akibat masalah paha.

Terdahulu, tonggak pertahanan, Hector Bellerin terlepas pertemuan menentang Blackpool kerana kecederaan paha.

Sebarang idea untuk menurunkan Nacho Monreal (hamstring), Sead Kolasinac (hamstring), Laurent Koscielny (Achilles) dan Dinos Mavropanos (pangkal paha) adalah berisiko.

“Inilah bola sepak. Apabila anda berada di atas padang, anda cuba berfikir positif tetapi apabila berlaku kecederaan atau penggantungan pemain, kadangkala ia boleh menjadi negatif.

“Apa pun, kami ada ramai pemain lain dan saya kena siapkan mereka untuk perlawanan besar Sabtu ini,” kata pengurus Arsenal, Unai Emery.

Guendouzi, 19, beraksi dalam enam daripada 10 perlawanan terakhir Arsenal, termasuk ketika seri 2-2 dengan Crystal Palace, Ahad lalu.

Sementara itu, Liverpool yang cuba mengekalkan rekod tanpa kalah berada dalam keresahan selepas Salah cedera ketika latihan.

Begitupun berbanding Arsenal, Reds tidak berdepan krisis kecederaan kritikal, kecuali Naby Keita dan Jordan Henderson yang masih dibelenggu masalah paha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini