Teruskan bantuan - Utusan Malaysia

Teruskan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Bantuan rakyat sama ada dalam bentuk tunai ataupun baucar perlu diteruskan kerajaan dalam Belanjawan 2019 tetapi untuk yang benar-benar layak sahaja.

Sehubungan itu, tokoh akademik, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, sasaran golongan pene­rima perlu dikaji bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.

Kuala Lumpur 1 November 2018 KETUA Pegawai Eksekutif Majlis Profesor
RADUAN CHE ROSE

“Contohnya, sekarang kumpulan-kumpulan yang sangat terkesan dengan kos sara hidup perlu diberi perhatian. Mereka tidak boleh mengubah kehidupan dalam sekelip mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita boleh sediakan peluang pekerjaan dan sebagainya, itu untuk jangka sederhana dan jangka panjang. Tetapi untuk jangka pendek, bantuan yang berbentuk terus ini saya percaya masih lagi diperlukan,” katanya dalam sesi Sembang Online di Utusan Online hari ini.

Tambah Raduan, sekiranya tidak diberikan secara tunai, bantuan tersebut boleh dalam bentuk lain seperti baucar dan sebagainya.

“Boleh juga beri baucar makanan atau bentuk bantuan-bantuan lain supaya tidak ada penyalahgunaan dari segi peruntukan, penyaluran dan pe­nerimaan.

“Kena lihat secara keseluru­han terutamanya golongan ber­pendapatan rendah seperti penoreh getah, nelayan dan sebagainya kerana mereka kebanyakannya tiada tabungan yang besar.

“Jadi kerajaan perlu menyediakan satu mekanisme dalam Belanjawan 2019 bagi me­nyerap kesengsaraan mereka yang kini terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Menurut Raduan, pendapatan mencukupi untuk menyara satu isi rumah adalah RM2,500, iaitu satu jumlah yang jauh daripada gaji minimum yang ditetapkan kini iaitu sebanyak RM1,050.

“RM1,050 sememangnya tidak mencukupi, jadi kerajaan harus memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan mereka de­ngan cara lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini