PM tidak setuju parti politik di universiti - Utusan Malaysia

PM tidak setuju parti politik di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Nampaknya bukan semua cadangan atau idea yang mahu dilaksanakan oleh menteri Kabinet dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Contohnya mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam sebagaimana diutarakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Dr. Mahathir ketika ditemui selepas menghadiri majlis Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini hari ini berpandangan perkara itu tidak perlu dilaksanakan.

“Tidak, anda (pelajar) bebas untuk bercakap apa yang anda suka. Tidak payah la parti,” kata beliau.

Maszlee dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin memberitahu pindaan terhadap AUKU tidak lama lagi akan membolehkan cawangan parti politik ditubuhjan di semua universiti  awam.

Langkah itu jelas Maszlee adalah sejajar dengan penurunan had umur mengundi ke­pada 18 tahun seperti dicadangkan sebelum ini.

Menyentuh mengenai Belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan esok, Dr. Mahathir membe­ritahu beliau tidak tahu dan tidak dibenarkan ‘menceritakannya’.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis tersebut, Dr. Mahathir berpandangan jurang di antara Malaysia dengan negara-negara telah membangun semakin lebar dan potensi untuk mengejar negara-negara ber­kenaan semakin mencabar.

Bukan itu sahaja, beliau malah menegaskan, negara-negara yang tahap pembangunannya setara dengan Malaysia pula sedang pesat membangunkan ekosistem inovatif.

Dengan persaingan pasaran yang sama, tenaga kerja mahir dan pelaburan langsung asing (FDI), Dr. Mahathir bimbang de­ngan potensi negara-negara tersebut yang dilihat sangat tinggi untuk mengatasi Malaysia.

“Malaysia memerlukan ekosistem inovasi berfungsi penuh yang mampu menghubungkan jurang inovasi yang sedia wujud. Rangkaian kerjasama inovasi perlu dijalinkan antara sektor awam, perniagaan dan industri, kajian dan pembangunan serta masyarakat awam,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini