KUALA LUMPUR – Tujuh pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur digantung kerja selepas didakwa terlibat dalam kes kehilangan wang milik seorang pelabur berjumlah RM7.9 juta pada 8 September lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Wang itu didakwa hilang selepas unit kondominium pelabur itu di Jalan U-Thant di sini digeledah sepasukan polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan gantung kerja sudah diambil terhadap tujuh pegawai dan anggota yang terlibat.











