Guna kelebihan Perlis - Utusan Malaysia

Guna kelebihan Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 1 Nov. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ber­­titah, mahukan agar ka­kitangan kerajaan dan ahli perniagaan di negeri ini supaya berusaha keras menggunakan ke­lebihan Perlis sebagai sebuah negeri yang bersempadan de­ngan Thailand, untuk menarik kedatangan para pelabur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Titah baginda, sebagaimana di Switzerland yang bersempadan dengan Jerman dan Pe­rancis, negara tersebut mempunyai banyak tarikan kerana berjaya memanfaatkan kelebihan berkenaan.

“(Sehubungan itu) Beta mahu Perlis menawarkan lebih banyak bidang perkhidmatan supaya kita mampu setanding dengan negeri-negeri lain.

“Sebagai contoh, kita boleh menyediakan sekolah antarabangsa, untuk kemudahan ahli keluarga warga asing yang beker­ja di negeri ini,” titah baginda.

Demikian titah baginda semasa berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hospital Pakar KPJ Perlis, sebuah hospital swasta pertama di negeri ini, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Ihsan dan Presiden yang juga Pe­ngarah Urusan KPJ, Datuk Ami­ruddin Abdul Satar.

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya menzahirkan ucapan tahniah kepada KPJ Healthcare Berhad, anak syarikat Johor Corporation, kerana membuka hospital mereka di negeri ini.

Titah baginda, pembukaan hospital itu bukan sahaja mampu menampung kesesakan di hospital-hospital kerajaan ketika ini, tetapi juga menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini